Archive for July, 2009

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

Posted in RENUNGAN on July 30, 2009 by miss_hikmah
  1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
  2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
  3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
  4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
  5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
  6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
  7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
  8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
  9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.
  10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
  11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
  12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
  13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat  laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
  14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
  15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
  16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah  s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya
    seberapa banyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
  17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
    mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
  18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.
  19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?”  Jawab Rasulullah s.a.w. :
  1. i.            Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  2. ii.            Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
  3. iii.            Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  4. iv.            Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
  1. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21.  Asma’ binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22.  Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-

  1. i.            Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  2. ii.            Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
  3. iii.            Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
  4. iv.            Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  5. v.            Ingat kepada Allah s.w.t.
  6. vi.            Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  7. vii.            Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  8. viii.            Ingat kepada mati.
  9. i.        Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  10. ii.        Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  11. iii.        Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  12. iv.        Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  13. v.        Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  14. vi.        Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  15. vii.        Minta talak.
  16. viii.        Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  17. ix.        Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
  18. x.        Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  19. xi.        Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.
  20. i.        Mengekalkan malu pada suaminya.
  21. ii.        Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  22. iii.        Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  23. iv.        Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  24. v.        Berdiri menyambut kedatangannya.
  25. vi.        Berdiri menghantar pemergiannya.
  26. vii.        Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  27. viii.        Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  28. ix.        Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  29. x.        Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  30. xi.        Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  31. xii.        Memuliakan keluarga suaminya.
  32. xiii.        Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  1. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
  1. Wajib bagi wanita :-

Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

KATA-KATA HIKMAH

Posted in RENUNGAN on July 30, 2009 by miss_hikmah

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu
perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia
melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu
maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di
dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar
pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.

IMAM AHMAD :

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH :

1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan
loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.

3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan
mati.

4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi
mudarat padamu.

5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal
hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

4 Peringkat Dosa

Posted in Uncategorized on July 30, 2009 by miss_hikmah

Dosa akan datang dalam 4 peringkat..

Dosa Peringkat Pertama – Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya….Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua – Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya… Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga – Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya….Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi.” Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat – Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN… Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.. Pada peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum Al-Quran dengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula…

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut.” Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”.

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

Posted in RENCANA on July 30, 2009 by miss_hikmah

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke
dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama
TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk
menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan
dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima
nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka
dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu
siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu
yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah
kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air
mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg
telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan
hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi
pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya
mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi
akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau
mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg
bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang
cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg
berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – janganlah engkau makan sampai kenyang yg
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kpd anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang
yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim
ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak
pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura
membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka
berhati-hatilah.

17 – selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang
lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai
orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap
sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg
akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan
dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar,
kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau
berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan
lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal..

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim
lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air
hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang
lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.

5 PANDUAN KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

Posted in RENCANA on July 30, 2009 by miss_hikmah

1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu “La ilaha illallah muhammadar rasulullah”.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”

2. Apabila ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah “Innalillahi wa-inna-ilaihi-rojiun.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah.

Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat. Orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang kesat.” Hadis riwayat at-Tarmizi.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah “Alhamdulillah” sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah
itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”

4. Ucapkanlah Bismillahir-rohmanir-rahim ketika hendak memulai sesuatu pekerjaan.

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

5. Ucaplah “Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih” apabila terbuat dosa.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

PESANAN UNTUK WANITA

Posted in RENCANA on July 30, 2009 by miss_hikmah

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Posted in LIRIK NASYID on July 26, 2009 by miss_hikmah

Kasih Ibu (Far East)

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu //

UJIAN

Posted in NUKILAN on July 25, 2009 by miss_hikmah

Tuhan bagi aku masalah,

Kerna,

Dia sayang padaku,

Dia tak mahu aku lalai,

Dia mahu aku sedar siapa diriku,

Dia mahu aku sedar,

Apa tujuan hidupku,

Di muka bumi,

Yang fana ini.

Tuhan bagi aku masalah,

Kerna Tuhan mahu ajari aku,

Erti derita,

Erti sengsara,

Erti kesunyian,

Erti kesedihan,

Supaya,

Aku tahu apa itu kebahagiaan,

Supaya,

Aku tahu apa itu kegembiraan.

Tuhan bagi aku masalah,

Kerna,

Tuhan tahu yang terbaik untukku,

Selepas susah ada kesenangan,

Supaya aku mengerti,

Hakikat,

Hidup tak selamanya indah,

Hidup tak selamanya sengsara,

Langit tak selalu cerah,

Langit tak selalu gelap,

Justeru,

Aku lebih mengerti hakikat diri,

Yang lemah,

Yang hambaMu semata-mata.

Tuhan bagi aku masalah,

Supaya aku lebih prihatin,

Supaya aku lebih berdikari,

Supaya aku lebih matang,

Menempuh,

Liku-liku hidup yang mendatang,

Supaya,

Aku tidak mudah menyerah,

Supaya aku terus mara ke hadapan,

Supaya aku bangun pabila jatuh,

Kerna,

Tuhan tahu apa yang terbaik untukku.

RANJAU BERDURI

Posted in NUKILAN on July 25, 2009 by miss_hikmah

Dunia,

Seringkala aku alpa,

Alpa dengan nikmat duniawi,

Yang sering kali menyilau pandangan…

Apakah,

Masih ada yang sudi,

Menerimaku,

Menyambutku,

Tika kujatuh,

Apakah ada?

Kenapa?

Mesti derita,

Mesti sengsara,

Mesti kupilih jalan yang jauh,

Jalan yang berduri,

Sedang yang benar itu jelas kelihatan,

Kenapa?

Mungkin,

Kerna aku manusia,

Yang jahil dan masih tercari,

Erti hidup.

Dunia,

Tiada yang kekal abadi,

Tiada yang sempurna,

Bukan aku, engkau atau siapa jua.

Insan,

Kian tak mengenal Khaliqnya,

Kian jauh tersasar,

Kian jauh merempat,

Seringkali,

Tiada ketahuan arah tujuan,

Seringkali,

Menangis hiba kerna dosa,

Yang beratnya semakin dirasakan,

Menangis dan memikirkan,

Apakah taubat diterima?

Namun,

Kasih Ilahi tidak bertepi,

Hanya manusia yang kalah,

Kalah dengan perasaan sendiri,

Dihantui dosa silam,

Yang seringkali,

Bermain di fikiran,

Walhal,

Dirimu insan,

Berupaya bangkit,

Bangkit daripada bayangan semalam,

Bangkit daripada bayangan silam,

Dan tekadkan hati,

Ke arah,

Matlamat yang lebih ikhlas,

Ke arah,

Jalan yang lebih diredai.

Insan,

Setiap yang terjadi,

Ada hikmahnya,

Setiap yang terjadi,

Seharusnya dikau jadikan ikhtibar,

Jadikan sempadan dan pengajaran,

Dalam meniti,

Hidupmu,

Masa depanmu,

Yang masih kabur-kabur,

Supaya,

Dikau lebih tabah dan sabar,

Supaya,

Dikau lebih sayangkan dirimu,

Yakin berdiri,

Dan berjalan,

Menuju destinasi hidupmu,

Menempuh onak dan rintangan,

Berlandaskan  rasa cinta kepada yang Esa.

Kenapa?

Seringkali,

Aku alpa dan lupa,

Kenapa?

Kerna aku manusia biasa,

Justeru,

Maafkanlah aku.

MENGENALI WANITA

Posted in Uncategorized on July 25, 2009 by miss_hikmah

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.