TOKOH-TOKOH ISLAM
1) AL-HARTH IBN KALADAH (634M)
AHLI PERUBATAN ISLAM PALING AWAL
Jangan makan terlalu kenyang, jangan berjemur matahari dan perut ialah rumah penyakit.
2) AL-KHAWARIZMI (846M)
PENGASAS ILMU ALGEBRA
Keulungan al-Khawarizmi di sebabkan beliau mencipta persamaan menyeluruh asas kepada pesamaan
kuadratik.
3) AL-KHINDI (866M)
BAPA FALSAFAH ISLAM
Gemar bertolak ansur dan tidak angkuh dalam hal2 ilmu. Pandangan beliau tentang falsafah ialah matematik perlukan pengendalian.
4) AL-BATTANI (929M)
PAKAR ILMU FALAK
Ilmu nujum disimpulkan sebagai karut semata2.
5) AL-SARKASHI (889M)
PEWARIS KETOKOHAN AL-KINDI
6) ABU BAKR AL-RAZI (924M)
TOKOH ILMU PERUBATAN
Digolongkan dalam ahli perubatan kelas pertama. Orang pertama menggunakan bahan kimia sebagai ubat. Menggunakan kaedah psikologi dan rawatan dalam merawat pesakit. Ada pandangan sendiri dalam bidang kimia, sains dan ketuhanan.
7) AL-FARABI (950M)
TOKOH FALSAFAH
Ahli falsafah yang agung dan boleh digelar guru kedua selepas Aristotle. Merupakan pencipta gambus.Jantung lebih penting daripada otak, pertarungan ialah sifat semulajadi manusia yang menjurus kepada keadilan.
Politik: Seorang ketua perlu dipilih, dan andainya tiada, seorang wakil sementara perlu dilantik.
8) IKHWAN AL-SAFA (AWAL ABAD KE-4 H)
KESARJANAAN BERKUMPULAN
Kumpulan ini sebenarnya mahukan hidup dalm sebuah kerajaan yang harmoni dengan persaudaraan. Mereka meniggalkan risalah2 berkenaan perkembangan pemikiran Islam, hasil penulisan falsafah paling lengkap, hasil usaha paling ulung memperkenalkan falsafah kepada umum.
9) AL-BUZJANI (998M)
PAKAR GEOMETRI
Hidup sederhana hingga akhir hayat.
10) IBN YUNUS (1009M)
PAKAR ASTRONOMI
11) AL-KARKHI(1029M)
PAKAR MATEMATIK
Sekurang2nya tiga karya beliau yang masyhur- al-Kafi(ilmu hisab), al-Fakhri& al-Badi’(algebra).
12) IBN MASKAWAIH (1030M)
SARJANA SERBA BOLEH
Pendapatnya, setiap perkara di dunia ada peranannya bersama. Kemuncak akhlak ialah lahirnya perbuatan baik secara teratur. Anak-anak perlu dilatih sejak kecil supaya nilai-nilai murni tertanam dalam
jiwa mereka.
13) IBN SINA (1037M)
TOKOH SERBA BOLEH
Beliau berpendapat, ilmu matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Percaya bahawa tanpa tubuh yang tahan, ubat pun tidak berguna.
14) IBN AL-HAITHAM (1021M)
SARJANA SAINS DAN FALSAFAH
Berpendapat yang kebenaran hanyalah satu. Antara usaha beliau yang masyhur ialah kajian tentang optik dan penglihatan.
15) AL-BIRUNI(1050M)
TOKOH DALAM BANYAK BIDANG
Menyelesaikan berbagai2 persoalan matematik dan geometri. Berjaya menentukan garis bujur dan lintang bumi serta pergerakan cahaya jauh lebih laju daripada pergerakan bumi. Al-Biruni, seorang yang menguasai ilmu Timur dan Eropah.
16) NASIRUDDIN AL-TUSI (1274M)
SARJANA DAN AHLI POLITIK
Beliau dapat memperoleh kejayaan walaupun lahir ketika politik mengalami pergolakan.
17) IBN AL-NAFIS (1288M)
PAKAR PERUBATAN YANG MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS
Ada yang menyamakan beliau dengan Ibn Sina tetapi beliau lebih pakar dalam pembedahan. Berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong kerana percya ada kaitan antara pernafasan dan degupan jantung. Saranan beliau ialah memanfaatkan binatang sebagai cara untuk mempelajari struktur tubuh manusia.
18) SARJANA ISLAM ZAMAN PERMULAAN DI ANDALUS
19) ABU AL-SULT IBN ABDUL AZIZ (1134M)
SASTERAWAN SERBA BOLEH
20) IBN AL-SAYID AL-BATALYAUSI (1127M)
SASTERAWAN DAN AHLI FALSAFAH
Melalui buku syair beliau, kita dapat melihat bahawa beliau ialah seorang yang mahir berfalsafah.
21) IBN BAJJAH (1138M)
DOKTOR, SASTERAWAN DAN PEMUZIK AGUNG
Sasterawan unggul, ahli bahasa dan hafiz al-Qur’an, juga mahir perubatan, pemain gambus yang baik, berkemampuan dalam falsafah. Beliau bagaimanapun tidak setuju dengan pendapat Aristotle iaitu negara sepatutnya ada satu sahaja dan hidup harmoni.
22) IBN TUFAIL(1185M)
AHLI FALSAFAH, HUKUM DAN POLITIK
Dalam fizik, diterangkan ada 3 cara kepanasan boleh terjadi iaitu pergerakan, geseran dan pencahayaan. Dalam metafizik, beliau menerangkan bahawa alam in baru dan berpenghujung.
Menjadi pemerintah negeri Morocco yang disegani.
23) IBN RUSYD (1194M)
KEMUNCAK PEMIKIRAN ABAD PERTENGAHAN
Tokoh falsafah paling agung dalam Islam dan sangat berpengaruh dalam pemikiran Eropah.
Nasib yang kurang baik menyebabkan beliau dibuang daerah dan disisih masyarakat Cordoba. Kesilapan yang dibuat oleh khalifah itu dikesali dan cuba diperbaiki namun terlambat kerana Ibn Rusyd meninggal dunia tidak lama selepas itu. Hasil tulisan yang merangkumi banyak bidang ditinggalkan kepada kita.
24) IBN KHALDUN (1406M)
PENGASAS ILMU MASYARAKAT
Pendapatnya ialah layanan kasar terhadap pelajar memberi kesan negatif dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan.
Dipetik daripada:-
NAMA BUKU: TOKOH-TOKOH KESARJANAAN SAINS ISLAM
PENYUSUN: MAHMOOD ZUHDI BIN ABD MAJID
DBP 2000
Leave a Reply