KENALKAH ANDA DENGAN PALESTIN?

BUMI PALESTIN

Sehingga tamatnya Peperangan Dunia Pertama, Palestine masih merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah Islam. Empayar Uthmaniyyah merangkumi Afrika Utara, Semenanjung Arab, melalui kawasan Laut Hitam ke Laut Adriatik. Empayar Uthmaniyyah merupakan kerajaan yang paling bertimbang-rasa sejak berkurun lamanya dan menjadi tempat perlindungan bagi golongan penganut agama minoriti di Eropah terutamanya, tetapi bukan satu-satunya, bangsa Yahudi. Sifat timbang-rasa ini adalah kerana Empayar ini meletakkan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai asas perlembagaan dan undang-undangnya.

Di dalam negara Islam yang luas ini memang tiada sempadan-sempadan geografi. Secara umumnya kawasan di mana bumi Palestin ini berada dikenali sebagai sebahagian daripada Selatan Bilad al-Sham. Di dalam kawasan ini jugalah letaknya negara-negara yang kini dikenali sebagai Syria, Jordan dan Lebanon. Selepas Peperangan Dunia Pertama, Palestin telah dipisahkan daripada kawasan tersebut oleh penjajah British. Untuk kali pertaman di dalam sejarahnya, Palestin menjadi sebuah negara dengan sempadan-sempadan yang dikennal-pasti dan keluasan seluas kira-kira 10,429 batu persegi. Sempadan-sempadannya adalah; Sungai Jordan di sebelah Timur, Laut Mediterranean di sebelah Barat, Lebanon di sebelah Utara manakala di sebelah Selatannya, Gurun Sinai dan Teluk Aqabah.

PALESTIN DI DALAM ISLAM

Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur’an dan juga Hadith Rasulullah SAW. Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di laur tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.

Baitul-Maqdis di Palestin inilah merupakan tempat fokus Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur’an, mafhumnya,” ” Al-Isra’ ( :1)

“Glory be to the One who took his servant on a journey by night from Al-Masjid Al-Haram in Mecca to Al-Masjid Al-Aqsa whose precincts we have blessed…..” Holy Qur’an, Surah Isra’, Verse 1.

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan: “Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram. Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun ” Al-Bukhari

Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam. Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.

Solat di Masjidil-Aqsa ini adalah serupa dengann 500 kali solat di mana-mana masjid lain kecuali Masjidil-Haram di Makkah dan Masjidin-Nabawi di Madinah. Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat.” Tabarani

Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur’an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur’an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Setelah mentelaah ayat-ayat Qur’an, Hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga sikap para sahabat Rasulullah SAW, tiada minda yang sihat boleh menafikan bahawa Palestin, bumi yang mulia lagi suci adalah sangat tinggi kepentingan dan keistimewaannya kepada seluruh ummah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: