MENGENALIMU KHALIFAH

Mengenalimu Khalifah Harun Ar-Rasyid

Mengenalimu Khalifah,
Aku kagumi kecekalanmu,
Aku kagumi keadilanmu,
Aku kagumi kebijaksanaanmu,
Tatkala,
Tampuk pemerintahan Baghdad,
Dalam tanganmu.

Mengenalimu Khalifah,
Tidak terkira jasamu,
Khalifah Harun Ar-Rasyid,
Di zamanmu,
Keamanan,
Kedamaian,
Kesejahteraan,
Jadi keutamaanmu,
Sengketa dileraikan,
Perpecahan dijauhkan,
Perpaduan diwujudkan,
Dirimu contoh sekalian insan.

Mengenalimu Khalifah,
Kupandang tinggi dirimu,
Betapa beruntungnya kota Baghdad,
Kerna kebijaksanaanmu,
Bangunan-bangunan megah,
Didirikan, dibangunkan,
Atas nama kemajuan,
Kerna kau sedar,
Kebaikan di dunia dicari mesti,
Namun,
Akhirat dilupakan tidak.

Mengenalimu Khalifah,
Khalifah Harun ar-Rasyid,
Kuterkesima dengan keprihatinanmu,
Kepekaanmu terhadap masyarakat,
Tiada sangkalan lagi,
Kerna itu,
Diadakan kemudahan-kemudahan,
Kemudahan pendidikan,
Kemudahan kesihatan,
Kemudahan perdagangan,
Demi rakyat jua semuanya,
Kerna itu,
Dirimu disayangi semua,
Betapa kuatnya semangatmu,
Fisabilillah dalam dirimu,
Demi pembangunan ummah.

Mengenalimu Khalifah,
Khalifah kelima kerajaan Abbasiyyah,
Kumengerti,
Dirimu pemimpin agung,
Tidak dapat ditidakkan lagi,
Kerna di saat itu,
Baghdad terkenal nian,
Pusat ilmu pengetahuan dunia,
Gelaran miliknya,
Baitul Hikmah dikau dirikan,
Lembaga penterjemah nama lainya,
Sebagai perpustakaan,
Sebagai pusat penelitian,
Sebagai tempat perguruan tinggi.
Kerna itu kumengerti,
Mengapa masa keemasan Islam,
Pada saat itu jadinya.
Tak bisa dipertikaikan lagi,
Dirimu Khalifah insan terbilang.

Mengenalimu Khalifah,
Keutuhan Islam,
Menjadi prioriti dan semangatmu.
Tempat peribadatan dikau bangunkan,
Sebagai bukti cintamu,
Kepada Maha Pencipta,
Hal keagamaan dikau titik beratkan,
Kerna itu,
Majlis Al-Muzakarah dikau adakan,
Kerna itu,
Masalah-masalah keagamaan,
Diselenggarakan semua,
Kebaikan dunia akhirat semoga diraih.
Kusedari Khalifah,
Perasaan kehambaanmu kepadaNya,
Kuat menebal dalam dirimu.

Mengenalimu Khalifah,
Dirimu khalifah ulung,
Dirimu tokoh Islam,
Dirimu mukmin sejati,
Dirimu sumber kekuatan ummah,
Dirimu obor perjuangan Islam,
Indah nian pekertimu,
Kerna itu,
Aku bangga mengenalimu,
Kerna itu,
Kuharap mampu mencontohimu,
Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: